Saturday, 8 October 2016

Into The Forest



Filem ini telah diadaptasi daripada sebuah novel karya Jean Hegland dengan tajuk yang sama.

Filem ini mengisahkan tentang hak manusia yang mana setiap manusia berkongsi keperluan yang sama  untuk meneruskan kehidupan mereka dan apabila hak itu dicabuli, maka manusia akan bertindak di luar batasan tanpa memikirkan diri orang lain. Di dalam dunia yang semakin bergantung kepada penggunaan elektrik ini, manusia semakin berkembang dan terus berkembang menuju era kemajuan di dalam teknologi. Tidak dapat digambarkan apabila dunia ini tidak mempunyai bekalan elektrik. Mungkin peradaban manusia akan kembali kepada kemunduran. Hilangnya sifat kemanusiaan di dalam diri manusia itu sendiri sehingga sanggup mencabuli hak manusia yang lain bagi kepentingan diri mereka.

Sinopsis.

Filem yang berkisah tetang dua orang saudara kandung yang terpaksa untuk bertahan hidup setelah berlaku insiden bekalan elektrik yang terputus yang berlaku di seluruh dunia.

Nell (Ellen page) dan Eva (Evan rachel wood) adalah dua orang wanita yang tinggal bersama ayah mereka di sebuah rumah yang berada di dalam hutan yang terpencil.

Akibat daripada terputusnya bekalan elektrik itu, mereka terpaksa menanggung pelbagai masalah yang lain seperti kekurangan makanan dan bahan api.

Situasai ini menjadi lebih dahsyat apabila mereka terpaksa meneruskan hidup tanpa seorang ayah yang telah mati akibat daripada satu kemalangan di dalam hutan. 

Mereka berdua terpaksa berjuang untuk terus hidup dengan menggunakan ilmu dan kepakaran yang mereka ada bagi mendapatkan makanan yang berterusan, melindungi diri daripada serangan penjenayah dan juga demi menjaga kesihatan mereka berdua.


Official Trailer HD (Into The Forest)





Definisi Hak Asasi Manusia


Hak asasi manusia merupakan satu konsep yang meliputi setiap bangsa, agama, kepercayaan, budaya, adat dan negara.

Hak asasi manusia adalah aspirasi setiap individu serta masyarakat yang ingin mengecapi kebahagiaan dalam kehidupannya.

Perkembangan hak asasi manusia dilihat sebagai suatu kepentingan kepada manusia dalam

  • Aspek keselamatan kehidupan
  • Aspek perlindungan diri yang lebih baik

What is right?

A right is the legal or moral entitlement to do, or refrain from doing something, or to obtain or refrain from obtaining an action, thing, or recognition in civil society.
Right serves as rules of interaction between people, and they place constraints and obligations upon the actions of individuals or groups.

Pengertian hak

Hak adalah suatu nilai yang diinginkan seseorang bagi melindungi dirinya agar dapat memelihara dan meningkatkan kehidupannya dan mengembangkan keperibadiannya (Hakim Stylon).
·         Ia memerlukan suatu interaksi yabg tidak berbelahbahagi di antara individu dan masyarakat.
·         Hak seseorang bagi melakukan sesuatu memperjelaskan adanya kewajipan individu lain dan masyarakat supaya tidak menghalang apa yang dilakukan oleh setiap individu terbabit.