Friday, 25 November 2016

" KFC OKU "




Bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), Tanjung Aru mungkin berasa agak hairan kerana tiada sapaan 'selamat datang' daripada jurujual yang bertugas.
Setiap kedatangan pelanggan di restoran itu hanya akan disambut dengan isyarat tangan selain senyuman manis yang begitu menyentuh perasaan.
Begitulah senario di restoran yang terletak di Pekan Lama Tanjung Aru itu kerana semua pekerjanya adalah terdiri daripada orang kurang upaya (OKU).
Kesemua mereka dilahirkan dengan kecacatan sama ada pekak atau bisu kecuali seorang pengurus restoran yang akan bertindak sebagai penterjemah jika ada sesuatu keperluan.
Meskipun di restoran itu mungkin agak sunyi berbanding tempat lain, suatu yang berbeza ialah restoran tersebut sentiasa ceria dengan telatah pekerja di situ selain tidak pernah sunyi dikunjungi pelanggan.
Walaupun menggunakan bahasa isyarat apabila berkomunikasi dengan pelanggan, layanannya tetap sama seperti petugas normal, menyebabkan mereka yang datang tidak berasa kekok untuk menikmati hidangan di sini.
Lebih menarik, sebilangan besar yang datang ke KFC Tanjung Aru adalah pelanggan tetap termasuk pelancong luar negara.
Seorang daripada pekerja mereka telah memberi respon ketika ditanya.
'Saya sangat suka bekerja di sini. Kewujudan restoran KFC ini adalah penghargaan buat golongan seperti kami kerana dapat menimba pengalaman bekerja seperti orang lain," katanya ketika ditemuramah melalui seorang rakannya yang mahir dengan bahasa isyarat.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment