Thursday, 12 January 2017

Anak Buangan





Takrif Al-Laqith
  • Al-Laqith bermaksud kanak-kanak yang dibuang di jalan atau di mana-mana tempat,dan tidak ada sesiapa yang mengakuinya sebagai anaknya.

Dalil Disyariatkan Mengambil Anak Buangan

    Dalil yang disyariatkan adalah daripada Al-Quran dan sunnah.

Firman Allah,

"dan berbuatlah kebaikan mudah-mudahan kamu berjaya"

(surah Al-Hajj:77)



Firman Allah, 

"Dan bertolong-menolonglah dalam membuat perkara-perkara kebaikan dan ketakwaan"


(surah Al-Maidah:2)

Firman Allah,

"dan sesiapa sahaja yang menjaga keselamatan hidup seseorang,seolah-olah dia menjaga keselamatan hidup manusia semuanya."
(surah Al-Maidah:32)


Dalil daripada sunnah Rasulullah,

Sahl bin Saad r.a berkata. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Saya dan penjaga anak yatim di dalam syurga seperti ini,sambil baginda menunjukkan kedua-dua jari telunjuk dan jari hantunya (untuk menunjukkan betapa rapatnya hubungan di antara kedua-duanya.)"


Hukum Mengambil Anak Terbuang

Fardhu kifayah.

   Sesiapa sahaja yang terjumpa anak kecil yang tidak mempunyai penjaga di jalan,dia perlu mengambil,menjaga dan mendidiknya. Perkara ini menjadi fardhu kifayah pada sesiapa sahaja yang menjumpainya.

   Apabila dia tidak diendahkan oleh sesiapa sahaja,semua penduduk di negeri,daerah atau kampung yang mengetahui kewujudan kanak-kanak tersebut akan berdosa. Jika ada yang ambil,maka penduduk kampung itu akan terselamat.

Dalilnya daripada firman Allah Taala:

"bahawasanya sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana dia telah membunuh orang lain,atau melakukan kerosakan di muka bumi,maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya. Sesiapa sahaja yang menjaga keselamatan hidup seseorang manusia.maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia kesemuanya."
(Al-Maidah:32)

Penyaksian Apabila Mengambil Anak Terbuang

   Sesiapa sahaja yang menjumpai anak terbuang di sesuatu tempat dan dia mengambilnya untuk dijaga dan dididik,dia wajib mempunyai saksi terhadap tindakannya itu. Ini dilakukan demi memelihara kemerdekaan dan keturunan anak ntersebut. Jika terdapat harta bersama anak tersebut,dia wajib mempunyai saksi terhadap harta tersebut. Ini perlu bagi mengelakkan fitnah dan menjamin hak anak terhadap hartanya sekalipun orang yang mengambil anak itu adalah seorang yang adil dan amanah.


Syarat Anak Yang Diambil Boleh Tinggal Terus Bersama Dengan Orang Yang Mengambilnya.

  Sepertimana yang dimaklumi,hukum mengambil anak terbuang adalah fardhu kifayah. Walau bagaimanapun,bagi membolehkan anak itu dijaga,ia perlu memebuhi 4 syarat:

1)Islam

Anak yang terbuang tidak boleh dijaga oleh orang kafir kecuali jika anak itu dihukumkan sebagai orang kafir. Contohnya apabila dapat diketahui walau apa cara sekalipun,ibu bapa anak itu adalah orang kafir. Ketika itu,dibolehkan untuk mereka menjaga anak itu.

2)Adil

Anak yang terbuang tidak boleh terus dijaga oleh orang yang dikenali sebagai fasik. Dia mesti diserahkan kepada induvidu yang dimaklumi keadilan dan amanahnya.

3)Rusyd(Waras/matang)

Jika anak tersebut dijumpai oleh orang yang kurang matang seperti belum sampai umur,anak itu hendaklah diambil daripadanya. Begitu juga jika dia seorang yang tidak sempurna akal(safih) sedangkan sebelum ini dia waras. Ini sekiranya dia dihalang daripada membelanjakan hartanya. Anak itu tidak dibenarkan tinggal bersamanya.

4)Bermukim

Jika orang yang mengambil anak itu ingin bermusafir bersamanya ke suatu tempat tertentu,anak itu hendaklah diambil daripadanya. Ini kerana anak itu tidak selamat daripada diperhambakan atau ditipu.

   Walau bagaimanapun,dalam menjaga syarat-syarat dia atas,keputusan membenarkan anak itu terus tinggal bersama orang yang menjumpainya atau tidak tertakluk kepada kuptusan qadi atau hakim(pemerintah). Ini kerana pemerintah adalah wali kepada mereka yang tidak mempunyai wali. Oleh itu pemerintah bertanggungjawab menentukan penjagaan anak terbuang dan menjaga kepentingannya dalam masalah tersebut.

Nafkah Anak Terbuang

Apabila seseorang telah mengambil anak terbuang,dan dibenarkan untuk menjaganya disebabkan semua syarat telah dipenuhi,beberapa perkara perlu diteliti;

1)Adakah terdapat harta bersama anak itu?
2)Atau tidak ada harta bersamanya?

   Jika terdapat harta bersama anak itu,ia dikira milik anak itu kerana dia yang menguasainya dan tidak ada sesiapa yang mempertikaikannya. Harta itu perlu dibelanjakan untuk keperluan anak tersebut. Ketika itu pemerintah hendaklah membelanjakannya. Ini dilakukan dengan memberikan keizinan kepada penjaganya untuk membelanjakan harta tersebut demi kepentingan dan keperluan anak itu. Jika penjaga membelanjakannya tanpa keizinan qadi atau hakim(pemerintah),dia hendaklah menggantikannya. Dia bertanggungjawab mengembalikan nilainya kepada anak tersebut.

   Konsep yang sama diterima pakai bagi harta simpanan anak yatim yang dijaga wali. Jika wali membelanjakan simpanan tersebut tanpa keizinan hakim(pemerintah),harta yang sama sepertinya atau nilainya hendaklah dipulangkan kembali kepada anak yatim itu. 

   Perbelanjaan harta ini tertakluk kepada keizinan hakim(pemerintah). Ini kerana hak penguasaan terhadap harta hanya sabit untuk bapa dan datuk sahaja. Oleh itu waris lain,lebih-lebih lagi orang luar yang tidak ada hubungan kekeluargaan dengan anak tersebut sudah tentu tidak mempunyai hak penguasaan terhadap harta tersebut.

  Oleh kerana hakim(pemerintah) adalah wali mutlak kepada sesiapa sahaja yang tidak mempunyai wali,maka pemerintahlah yang menjadi rujukan dalm membelanjakan harta kanak-kanak itu. Ini boleh dilakukan dengan pemerintah sendiri yang membelanjakan harta tersebut,atau memberikan keizinan kepada penjaganya untuk membelanjakan harta anak jagaannya.

Harta Baitulmal Diberikan Kepada Anak-anak Terbuang yang Tidak Berharta

   Jika kanak-kanak itu tidak berharta,nafkahnya wajib diambil daripada harta Baitul Mal melalui peruntukan dana kepentingan umum. Ini kerana harta Baitul Mal disimpan untuk kepentingan tersebut. Inilah hukum yang disepakati oleh para ulama Islam.

Adakah Harta Baitul Mal perlu Dibayar Balik?

   Hakim(pemerintah) tidak perlu meminta dibayar balik harta Baitul Mal yang telah dibelanjakan sebagai nafkah kepada anak tersebut setelah dia dewasa. Ini kerana nafkah tersebut bukannya hutang tetapi merupakan hak kanak-kanak tersebut sebagaimana nafkah suami kepada isteri dan nafkah bapa kepada anak-anak.

Nafkah Anak-anak Terbuang Ketika Baitul Mal Tidak mempunyai Harta

   Jika harta Baitul Mal tidak mencukupi untuk menampung keperluan anak-anak terbuang disebabkan bilangannya yang terlalu banyak.atau terdapat keperluan lain yang lebih penting,hakim(pemerintah) wajib meminjam daripada orang kaya. Hutang tersebut hendaklah dibuat atas nama negara. Kadar hutang yang diperlukan ialah kadar yang mencukupi keperluan anak-anak terbuang. Hutang hendaklah dibayar ketika BaitulMal mempunyai harta.


1 ) Takrif kanak-kanak : Seorang kanak-kanak yang diiktiraf sebagai seorang yang dibawah umur 18 tahun, melainkan udang-undang dinegaranya mengiktiraf umur dewasanya sebelum itu.

2 ) Tiada diskrimi : Semua hak terpakai bagi kanak-kanak tanpa kecualian. Adalah menjadi obligasi  negara untuk melindungi kanak-kanak daripada apa-apa bentuk diskriminasi dan untuk mengambil tindakan yang positif untuk memajukan hak mereka.

3 ) Kepentingan terbaik kanak-kanak : Segala tindakan berkenaan dengan kanak-kanak hendaklah mengambil kira sepenuhnya kepentingan terbaik kanak-kanak itu. Negara hendaklah memberikan kanak-kanak itu jagaan yang mencukupi apabila ibu bapa atau orang lain yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab itu, gagal untuk berbuat demikian.

4 ) Pelaksanaan hak-hak : Negara mestilah melakukan segala yang boleh dilakukannya untuk melaksanakan hak-hak yang terkandung.

5 ) Bimbingan ibu bapa dan keupayaan berkembang kanak-kanak : Negara mestilah menghormati hak dan tanggungjawab ibu bapa dan keluarga luas (komuniti) untuk memberikan bimbingan kepada kanak-kanak yang sesuai dengan keupayaan berkembangnya.

6 ) Kewujudan perkembangan : Setiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

7 ) Hak untuk mendapatkan nama dan kerakyatan : Kanak-kanak mempunyai hak terhadap nama sejak dilahirkan. Kanak-kanak juga mempunyai hak untuk memperolehi kerakyatan dan seboleh-bolehnya untuk mengetahui ibu bapanya dan dijaga oleh mereka.

8 ) Memelihara identiti : Negara mempunyai obligasi untuk melindungi, dan jika perlu memantapkan semula aspek-aspek asas identiti kanak-kanak itu. Ini termasuklah nama, kerakyatan dan pertaian keluarga.

9 ) Pemisahan daripada ibu bapa : Kanak-kanak mempunyai hak untuk tinggal bersama ibu bapanya melainkan jika ini disifatkan tidak secocok dengan kepentingan terbaik kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu juga mempunyai hak untuk mengekalkan hubungan dengan kedua-dua ibu bapa jika dipisahkan daripada salah seorang salah seorang atau kedua-duanya.

10 ) Penyatuan semula keluarga : Kanak-kanak dan ibu bapa mereka mempunyai hak untuk meninggalkan mana-mana negara untuk memasuki negara mereka sendiri bagi maksud penyatuan semula atau bagi mengekalkan perhubungan anak-anak.

11 ) Pemindahan haram dan tidak boleh pulangan : Negara mempunyai obligasi untuk mencegah dan meremedikan penculikan atau penahanan kanak-kanak di luar negeri oleh seorang ibu atau bapa atau pihak ketiga.

12 ) Pendapat kanak-kanak : Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka secara bebas dan menjadikan pandangan itu diambil kira dalam apa-apa perkara atau tatacara yang menyentuh kanak-kanak.

13 ) Kebebasan bersuara : Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya, menerima maklumat, memberitahu idea atau maklumat, tanpa mengira sempadan.

14 ) Kebebasan berfikir, rasa hati dan beragama : Negara hendaklah menghormati hak kanak-kanak kepada kebebasan berfikir, rasa hati dan beragama, tertakluk kepada bimbingan ibu bapa yang sewajarnya.

15 )Kebebasan berpersatuan : Kanak-kanak mempunyai hak untuk berjumpa dengan yang lain, dan untuk menjadi ahli persatuan atau membentuk persatuan.

16 )Perlindungan privasi : Kanak-kanak mempunyai hak kepada perlindungan daripada gangguan ke atas privasi, keluarga, tempat tinggal dan surat menyurat dan daripada libel atau slander.

17 ) Akses kepada maklumat yang sewajarnya : Negara hendaklah memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber, dan negara itu hendaklah menggalakkan media massa untuk menyebarkan maklumat yang mempunyai faedah sosial dan kebudayaan kepada kanak-kanak, dan mengambil langkah untuk melindunginya daripada bahan yang memudaratkan.

18 )Tanggungjawab ibu bapa : Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan kanak-kanak, dan negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini negara hendaklahmemberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

19 )Perlindungan daripada penyalahgunaan dan pengabaian : Negara hendaklah melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penganiayaan yang dilakukan oleh ibu bapa atau orang lain yang bertanggungjawab bagi jagaan kanak-kanak itu dan mewujudkan program sosial yang sesuai bagi pencegahan penyalahgunaan penganiayaan dan rawatan mangsa.

20 ) Perlindungan kanak-kanak tanpa keluarga : Negara diwajibkan memperuntukkan perlindungan yang khas kepada seorang kanak-kanak yang dilucutkan persekitaran kekeluargaannya dan juga memastikan bahawa jagaan keluarga alternatif atau penempatan institusi boleh didapati dalam kes sedemikian. Usaha-usaha untuk memenuhi obligasi ini hendaklah memberi perhatian yang sewajarnya kepada latar belakang kebudayaan kanak-kanak itu.

21 ) Pengangkatan : Dalam negara-negara di mana pengangkatan diiktiraf dan atau dibenarkan, ia hanya boleh dijalankan demi kepentingan terbaik kanak-kanak dan itu pun hanya dengan kebenaran pihak berkuasa yang berwibawa, dan perlindungan bagi kanak-kanak itu.

22 ) Kanak-kanak pelarian : Perlindungan khas hendaklah diberi kepada seorang kanak-kanak pelarian. Adalah menjadi obligasi negara untuk memberi kerjasama dengan pertubuhan yang berwibawa yang memperuntukkan perlindungan dan bantuan sedemikian.

23 ) Hak kanak-kanak kurang upaya : Seorang kanak-kanak mempunyai hak kepada penjagaan, pendidikan dan latihan khas untuk membantunya menikmati kehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dan mencapai tahap tertinggi sikap dan tidak bergantung dan integrasi sosial yang boleh.

Thursday, 15 December 2016

Pray For Aleppo

The Syrian government has established control over eastern Aleppo, Vitaly Churkin, Russia's ambassador to the United Nations, told the UN Security Council on Tuesday.
"Over the last hour we've received information that the military activities in east Aleppo have stopped," Churkin said, according to a simultaneous translation provided by the United Nations.
"So there's no question about cessation of hostilities, or humanitarian operations. The Syrian government has established control over east Aleppo so now the stage has come for practical humanitarian initiatives."
At the same time, sources inside Aleppo tell CNN a ceasefire and evacuation agreement has been reached in the beleaguered eastern part of the city.
Journalist and resident Karam al-Masri, who is in Aleppo, told CNN Tuesday that residents received cell phone messages from rebel leaders announcing a ceasefire.

Aleppo Media Center posted to its Facebook page on Tuesday that a ceasefire had been announced in Aleppo "in preparation for the evacuation of civilians from besieged areas through safe passages."
The Aleppo ceasefire and evacuation agreement was reached with "Turkish mediation," a commander in the Islamist rebel group Ahrar al-Sham told CNN, adding that civilians will start being evacuated from the eastern area of the city Wednesday morning local time.
An activist in Aleppo told CNN the evacuations will begin at 6 a.m. (11 p.m. Tuesday ET).
The first group of civilians to leave will consist of 70 injured people and family members, a total of 150 people.

    Friday, 25 November 2016

    ROHINGYA. 'DERITA YANG TIADA BERKESUDAHAN'

    Isu Rohingya kembali memenuhi media massa kita terutamanya di media sosial seperti Facebook dan lain-lain. Selama ini isu umat Islam yang biasa kita dengar adalah seperti isu di Palestin, Syria, Iraq dan sebagainya. Namun, isu umat Islam Rohingya selalu tenggelam timbul dan jarang mendapat perhatian dari media massa dek keterbatasan maklumat mengenai mereka.
    Justeru, tulisan ini berusaha untuk menjelaskan serba ringkas mengenai isu umat Islam Rohingya terutamanya daripada sudut sejarah kerana sejarah merupakan elemen penting untuk memahami sesuatu krisis dengan baik.
    Kajian mengenai Rohingya agak terbatas khususnya dalam konteks diaspora di Malaysia. Jika pun ada, ia cenderung kepada mengaitkan Rohingya dan pencabulan hak asasi dan laporan kertas kerja yang bersifat negatif.
    Antara naskhah yang membicarakan secara mendalam mengenai sejarah Rohingya dan masyarakatnya di Malaysia ialah tulisan Azlinariah Abdullah, Air Mata Kesengsaraan Rohingya Identiti, Penindasan dan Pelarian di mana ia asalnya hasil tesis penulis di peringkat Sarjana Sejarah Asia Tenggara (Myanmar) dan kemudiannya ditukar menjadi buku. Buku ini menjadi rujukan asas dalam penulisan artikel ini.
    Sejarah Umat Islam Rohingya
    Perkataan Rohingya bermaksud 'yang dikasihi' atau 'yang penyayang'. Secara umumnya orang Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar yang berpegang kepada mazhab Sunni. Sebahagian besar orang Rohingya menetap di Arakan (kini dikenali dengan nama Rakhine), terutamanya di sekitar Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw.
    Arakan atau lebih dikenali dengan nama Rakhine hari ini merupakan tumpuan utama orang Islam semenjak sekurang-kurangnya abad ke-8 Masihi lagi. Nama lama bagi Rakhine iaitu Arakan dikatakan berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Arkan’ yang bermaksud rukun-rukun.
    Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan laut menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang Islam. Pedagang-pedagang Arab yang singgah di Arakan sebahagiannya berkahwin dengan masyarakat tempatan dan kemudiannya menetap di Arakan. Orang pertama yang dikatakan mengembangkan Islam di Arakan adalah Muhammad Ibn Hanifiya.
    Ini menyumbang kepada kepadatan penduduk Islam yang tinggi di Arakan. Berdasarkan perkembangan sejarah, orang Rohingya merupakan kacukan daripada pelbagai bangsa termasuklah Arab, Parsi, Afghanistan mahupun dari Bengal dan Chittagong. Jumlah penduduk Rohingya di Rakhine pula dikatakan berjumlah 1.4 juta orang iaitu mewakili separuh daripada jumlah penduduk Rakhine.
    Antara isu utama bagi umat Islam Rohingya adalah status mereka sebagai warganegara Myanmar. Ketika zaman pemerintahan British, mereka diklasifikasikan sebagai Indo-Burman. Ketika Myanmar mencapai kemerdekaan pula mereka dianggap sebagai bukan warganegara, padahal orang Rohingya telah mendiami Rakhine sejak ratusan tahun yang lalu. Pendek kata, status orang Rohingya sebagai minoriti yang terasing adalah merupakan sumbangan penjajahan British di Myanmar.
    Di Myanmar, terdapat 134 etnik antaranya Karen, Chin dan Mon. Namun, Rohingya tidak diiktiraf sebagai kumpulan dan etnik tersebut. Kehilangan identiti masyarakat Rohingya berlaku apabila mereka melarikan diri ke Bangladesh pada tahun 1942 ketika berlaku perang etnik. Apabila mereka kembali semula ke Myanmar, dasar negara itu telah berubah. Kesannya, mereka tidak lagi diakui sebagai rakyat negara itu. Mereka menjadi pengemis di negara sendiri.
    Malah ketika kerajaan Ne Win berkuasa, pihak tentera yang sedang berhadapan dengan pemberontakan komunis dan etnik, menjadikan isu Rohingya sebagai isu yang tidak begitu penting. Nasib malang terus menimpa mereka apabila Undang-Undang Kewarganegaraan Burma (Citizenship Act of Burma) diperkenalkan pada tahun 1982.
    Akta ini diluluskan oleh Ne Win yang bertujuan mahu menghapuskan terus etnik Rohingya dari peta Myanmar. Ini menyebabkan Kementerian Luar Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai sebahagian daripada kumpulan etnik di Myanmar.
    Berdasarkan fakta-fakta ini, ia jelas menunjukkan masyarakat Rohingya sedang menghadapi krisis identiti yang hebat.
    Penindasan dan Kekejaman terhadap umat Islam Rohingya
    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia. Penduduk Muslim Arakan dibunuh dan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784.
    Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar. Bahkan, lebih kurang seramai 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka apabila junta tentera berkuasa sejak tahun 1962. Junta tentera menetapkan peraturan yang ketat kepada perjalanan agama-agama selain Buddha di Myanmar.
    Antara operasi yang dianggap paling kejam ke atas masyarakat Rohingya adalah Operasi Naga Min (King Dragon Operation) yang merupakan sebahagian daripada Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya (The 20-year Rohingya Extermination Plan).
    Operasi ini secara umumnya bertujuan menangkap pendatang haram di Myanmar terutamanya dari China, Bangladesh, India dan Nepal. Namun tujuan yang terselindung di sebalik operasi ini adalah ke atas orang Rohingya yang sememangnya tiada pengenalan diri.
    Tanggal 6 Februari 1978, operasi ini dimulakan. Orang Rohingya yang menyedari mereka menjadi sasaran bertindak menentang balas. Penentangan balas ini kemudiannya dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk bertindak lebih kejam ke atas mereka.
    Ketika operasi ini berkembang ke Buthidaung dan Maungdaw, beratus-ratus Muslim lelaki dan wanita dihumban ke dalam penjara. Ada yang diseksa dan dibunuh. Kaum wanita pula dirogol. Kekejaman ini menyebabkan sebahagian besar muslim Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dan menjadi pelarian.
    Tahun 1991 pula menyaksikan kempen pembasmian etnik termasuk orang Rohingya dengan kod nama “Pyi Thaya”. Dalam operasi ini, penyeksaan dan kezaliman ke atas orang Rohingya terus berlanjutan. Mereka ditangkap, dibunuh malah kaum wanitanya dirogol. Tempat tinggal mereka dan masjid-masjid turut dimusnahkan. Malah pada tahun 2001, ratusan masjid dimusnahkan.
    Konflik membabitkan orang Rohingya dan Rakhine kembali meletus pada tahun 2012. Khabar yang menyatakan kononnya seorang gadis Rakhine menjadi mangsa rogol dan bunuh oleh pemuda Rohingya menyebabkan penganut Buddha segera membalas dengan membunuh 10 orang penduduk Islam.
    Harian Metro bertarikh 28 Julai 2012 menyebut bahawa lebih 1,000 orang terkorban dibunuh oleh puak Rakhine, 3,000 hingga 4,000 cedera, 10,000 hilang dan 115,000 hidup melarat di khemah-khemah penempatan sementara.
    Malahan, ratusan sami Buddha telah berkumpul pada awal September 2012 dalam perarakan menyokong tindakan presiden agar orang Rohingya dihantar ke negara lain. Ini menunjukkan betapa dalamnya kebencian masyarakat tempatan terhadap golongan Rohingya termasuk golongan sami. Padahal, sepatutnya merekalah yang seharusnya menunjukkan ‘compassion’ yang tinggi terhadap penganut agama lain.
    Umat Islam Rohingya juga berhadapan dengan penindasan daripada sudut keagamaan. Masjid-masjid dan madrasah ditutup secara paksa. Malah ada masjid, madrasah dan sekolah agama yang diarahkan supaya dimusnahkan. Mereka juga dihalang daripada membina masjid baru mahupun membaik pulih masjid sedia ada. Ini menyebabkan banyak masjid seperti ‘hidup segan mati tidak mahu’.
    Kanak-kanak Rohingya turut terjejas. Mereka berdepan dengan diskriminasi berhubung pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkerjaan. Kanak-kanak yang lahir mesti didaftarkan dengan bayaran yang bertambah mahal sejak tahun 2002. Ini memberi kesan yang besar kepada orang Rohingya lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai wang.
    Mereka juga menghadapi masalah kebuluran. 60 peratus kanak-kanak Rohingya menderita kurang zat makanan sekaligus mendedahkan mereka kepada wabak penyakit dan menjejaskan pertumbuhan fizikal dan mental mereka.
    Diskriminasi ke atas pendidikan kanak-kanak Rohingya menyebabkan ramai kanak-kanak buta huruf terutamanya di kawasan Rakhine Utara. Bahkan, mereka juga dipaksa menjadi buruh untuk melakukan kerja-kerja keras dan berat.
    Resolusi dan Tindakan
    Antara tragedi terbaru yang melanda umat Islam Rohingya adalah pembunuhan 400 orang awam sejak 9 Oktober lalu. Lebih 430 buah kediaman di tiga buah kampung dibakar oleh tentera. Dalam tempoh sama, sebanyak 150 orang wanita termasuk kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dirogol tentera dan polis sempadan yang setakat ini telah membakar sebanyak 3,500 buah rumah. Sekumpulan wanita dan kanak-kanak juga dilaporkan dikurung dan dibakar hidup-hidup di Yay Khae Chaung Kwa Sone. 30,000 orang menjadi pelarian di Rakhine.
    Tentera Myanmar juga dilaporkan menggunakan pelancar roket serta melepaskan tembakan daripada helikopter untuk membunuh penduduk Rohingya. Beberapa orang penduduk ditembak ketika cuba melarikan diri. Bahkan ada antara penduduk yang dibakar hidup-hidup atas timbunan rumput kering. Ini jelas menunjukkan pihak tentera memang mahu melakukan genosid iaitu pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Rohingya.
    Oleh itu, krisis ini perlu diambil tindakan segera, antaranya:
    1. Kerajaan Myanmar harus didesak supaya menamatkan dasarnya yang melaksanakan pengusiran dan diskriminasi ke atas masyarakat Rohingya dengan meminda semula Burma Citizenship Law yang diluluskan pada 1982. Kerajaan Myanmar juga perlu didesak agar mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai warganegara Myanmar berdasarkan bukti-bukti yang ada termasuk faktor sejarah.
    2. Rohingya juga wajar diberi perhatian lebih adil oleh masyarakat Islam dunia, khususnya Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Pertubuhan ini tidak harus sekadar “mengutuk” kezaliman yang berlaku malah harus bertindak dengan lebih efektif dan proaktif dalam menangani isu ini. Negara-negara di Asia Tenggara (ASEAN) juga harus membantu menyelesaikan konflik yang berlaku di Myanmar sebagai salah satu anggota ASEAN.
    3. Masyarakat antarabangsa juga harus terus memberi sokongan berterusan kepada golongan minoriti ini dan menggesa Myanmar untuk melakukan perubahan dasarnya terhadap golongan Rohingya yang tertindas. Gesaan dan sokongan ini pula harus konsisten dan tidak bermusim agar impaknya lebih besar dan berkesan.
    4. Kerajaan Malaysia juga harus memprotes tindakan kekejaman ini dengan cara menggantung sementara urusan dagangan Malaysia-Myanmar dan menutup kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia juga harus menghantar pasukan bantuan kemanusiaan dengan mendesak kerajaan Myanmar untuk bekerjasama.
    Hadiah Keamanan Nobel yang dianugerahkan kepada Aung San Su Kyii juga harus ditarik balik kerana berdiam diri atas kekejaman dan pembantaian kerajaan Myanmar terhadap umat Islam di Rohingya.
    Sama-sama kita doakan krisis ini berakhir segera.

    Larangan Azan di Palestin.

    Tanah suci Palestin masih dijadikan sebagai mangsa kekejaman zionis laknatullah. 

    Isu yang telah dibangkitkan oleh negara haram Israel baru-baru ini berkaitan tentang 'larangan melaungkan azan menggunakan pembesar suara'.

    Gerakan Hamas telah memperingatkan kesan daripada lulusnya (RUU) larangan azan dengan menggunakan pembesar suara di Jurusalem dan wilayah sekitarnya akan menimbulkan bencana baru.

    Keputusan undang-undang tersebut sangatlah bahaya dan ia akan menghalang dan melukai hak orang islam dalam beribadah dan mengamalkan syiar-syiar islam. RUU tersebut bertentangan dengan undang-undang internasional, yang melindungi tempat-tempat suci serta hak beragama bagi setiap orang.

    Larangan azan dengan menggunakan pembesar suara sama seperti memerangi islam dan umatnya. Ini merupakan rasis dan pelanggaran terhadap kebebasan untuk beribadah.

    Presiden Israel Benyamin Netanyahu menyatakan sokongan beliau terhadap RUU tersebut dan beliau telah menyatakan bahawa suara azan telah menyiksa warga yahudi.

    "Saya tidak boleh mengira berapa banak aduan yang telah disampaikan warga dari seluruh agama di atas keluhan bisingnya laungan azan dan penderitaan yang mereka alami," kata Netanyahu di hadapan menterinya.

    Sumber: Al-Jazeera




    " KFC OKU "




    Bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), Tanjung Aru mungkin berasa agak hairan kerana tiada sapaan 'selamat datang' daripada jurujual yang bertugas.
    Setiap kedatangan pelanggan di restoran itu hanya akan disambut dengan isyarat tangan selain senyuman manis yang begitu menyentuh perasaan.
    Begitulah senario di restoran yang terletak di Pekan Lama Tanjung Aru itu kerana semua pekerjanya adalah terdiri daripada orang kurang upaya (OKU).
    Kesemua mereka dilahirkan dengan kecacatan sama ada pekak atau bisu kecuali seorang pengurus restoran yang akan bertindak sebagai penterjemah jika ada sesuatu keperluan.
    Meskipun di restoran itu mungkin agak sunyi berbanding tempat lain, suatu yang berbeza ialah restoran tersebut sentiasa ceria dengan telatah pekerja di situ selain tidak pernah sunyi dikunjungi pelanggan.
    Walaupun menggunakan bahasa isyarat apabila berkomunikasi dengan pelanggan, layanannya tetap sama seperti petugas normal, menyebabkan mereka yang datang tidak berasa kekok untuk menikmati hidangan di sini.
    Lebih menarik, sebilangan besar yang datang ke KFC Tanjung Aru adalah pelanggan tetap termasuk pelancong luar negara.
    Seorang daripada pekerja mereka telah memberi respon ketika ditanya.
    'Saya sangat suka bekerja di sini. Kewujudan restoran KFC ini adalah penghargaan buat golongan seperti kami kerana dapat menimba pengalaman bekerja seperti orang lain," katanya ketika ditemuramah melalui seorang rakannya yang mahir dengan bahasa isyarat.

    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Monday, 14 November 2016

    Arjuna Beta



    Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
    Datang petir menyambar
    Jengking dan ular–
    Bonda takkan berundur

    Nyamanlah arjuna beta
    Mimpikan yang indah saja
    Nanti bila kau buka mata
    Semua tak serupa


    Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
    Jalan betul, anakanda,
    Tak jelas mata–
    Ambil yang sarat duri

    Hiduplah arjuna beta
    Biarkan jasad yang luka
    Selama tuhanmu ada
    Takkan engkau tercela

    Chorus

    Ngeri tak terbayang mata
    Bonda takkan ada sentiasa
    Nanti moga kau tak lupa
    Bonda memujukmu, anakanda

    Hiduplah arjuna beta
    Biarkan jasad yang luka
    Selama tuhanmu ada
    Takkan engkau tercela

    Nyamanlah arjuna beta
    Mimpikan yang indah saja
    Nanti bila kau buka mata
    Semua tak serupa


    http://www.lyricsmode.com/lyrics/f/fynn_jamal/arjuna_beta_lyrics.html

    lagu ini mengisahkan tentang kasih sayang seorang ibu dan bapa kepada anaknya yang telah mengidap penyakit jantung berlubang sejak kecil lagi. Dengan usaha dan ikhtiar bersungguh-sungguh kepada Allah s.w.t demi untuk menyelamatkan satu-satunya cayaha mata yang dianugerahkan kepadanya itu.

    Ingin saya kaitkan lagu ini dengan situasi dunia pada hari ini yang semakin membangun terutama sekali di negara kita ini yang mana terlalu banyak bayi-bayi yang baru lahir telah dirampas haknya untuk hidup di atas muka bumi ini. Mereka seharusnya dibelai dan ditatang seperti minyak yang penuh akan tetapi, setelah keluar ke alam dunia ini, mereka dilayan seperti sampah yang dibuang ke tempat pelupusan. Dimanakah nilai kemanusiaan yang terdapat di dalam diri kita sedangkkan haiwan yang tidak berakal itu lebih menyayangi anaknya lebih daripada manusia itu sendiri yang mana telah dikurniakan kesempurnaan akal dan fikiran yang waras.

    Seorang ibu yang mana telah berhempas pulas dalam mencari wang bagi membiayai pembedahan anaknya itu dengan pelbagai cara sekalipun walaupun terpaksa berhutang. Hanya 100% mengharapkan pertolongan Tuhan yang maha esa. Walaupun sukar bagi manusia lain untuk menerima anak yang telah diuji dengan kesakitan, akan tetapi ibu bapa ini sanggup menjaga dan merawatnya kerana adalah besar ganjaran daripada sang Pencipta kepada hambanya yang terlalu banyak bersabar serta berserah diri kepada Tuhannya.

    "Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya"    ( Al-Baqarah: 286)






    Saturday, 8 October 2016

    Into The Forest



    Filem ini telah diadaptasi daripada sebuah novel karya Jean Hegland dengan tajuk yang sama.

    Filem ini mengisahkan tentang hak manusia yang mana setiap manusia berkongsi keperluan yang sama  untuk meneruskan kehidupan mereka dan apabila hak itu dicabuli, maka manusia akan bertindak di luar batasan tanpa memikirkan diri orang lain. Di dalam dunia yang semakin bergantung kepada penggunaan elektrik ini, manusia semakin berkembang dan terus berkembang menuju era kemajuan di dalam teknologi. Tidak dapat digambarkan apabila dunia ini tidak mempunyai bekalan elektrik. Mungkin peradaban manusia akan kembali kepada kemunduran. Hilangnya sifat kemanusiaan di dalam diri manusia itu sendiri sehingga sanggup mencabuli hak manusia yang lain bagi kepentingan diri mereka.

    Sinopsis.

    Filem yang berkisah tetang dua orang saudara kandung yang terpaksa untuk bertahan hidup setelah berlaku insiden bekalan elektrik yang terputus yang berlaku di seluruh dunia.

    Nell (Ellen page) dan Eva (Evan rachel wood) adalah dua orang wanita yang tinggal bersama ayah mereka di sebuah rumah yang berada di dalam hutan yang terpencil.

    Akibat daripada terputusnya bekalan elektrik itu, mereka terpaksa menanggung pelbagai masalah yang lain seperti kekurangan makanan dan bahan api.

    Situasai ini menjadi lebih dahsyat apabila mereka terpaksa meneruskan hidup tanpa seorang ayah yang telah mati akibat daripada satu kemalangan di dalam hutan. 

    Mereka berdua terpaksa berjuang untuk terus hidup dengan menggunakan ilmu dan kepakaran yang mereka ada bagi mendapatkan makanan yang berterusan, melindungi diri daripada serangan penjenayah dan juga demi menjaga kesihatan mereka berdua.


    Official Trailer HD (Into The Forest)